Wednesday, December 28, 2016

Sambutan Tahun Baharu Masihi ?

Kita berada di ambang tahun baru 2017. Tahun 2016 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah. Sejarah sukan negara yang terkini adalah tentang skuad bola sepak negeri dalam negara yang berkemelut. Mungkin dalam kehidupan kita sendiri, mempunyai sejarah pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun ini yang akan kekal sepanjang hidup kita. Semua ini mengajar satu erti hidup dan kisah bersama. 

Berbalik kepada sambutan tahun baru yang bakal diadakan tidak lama lagi, terutama sekali sambutan diperingkat negeri dan negara. Soalnya sekarang, apakah hukum menyambut tahun baru masihi?

Monday, December 5, 2016

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" 

10 Wasiat Imam Hasan al-Banna

Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengar azan, usahakan semampu terdaya (untuk bersolat) . Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. Perhatikan, banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.

Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu

25 Pesanan Luqmanul Hakim

  1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

10 Hadiah Paling BEST Untuk Yang Dikasihi

3 Kisah Zaman Moden Penuh Teladan

Kisah Pertama

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh.

Sunday, December 4, 2016

Lelaki Dayus Tidak Akan Ke Syurga

SOALAN: Ramai  lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?
Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Bertamu Ke Alam Barzakh - Bahagian Akhir

Kemudian, satu peristiwa lagi yang berlaku kepada semua manusia di alam barzakh ialah ketika telah tamat riwayat alam zahir ini ataupun alam dunia ini. Ketika itu, Allah akan perintahkan kepada malaikat bernama Israfil untuk meniup Sangkakala yang pertama yang akan mematikan seluruh isi langit dan isi bumi dengan kematian yang amat mengejut. Datangnya tiupan Sangkakala yang pertama mi amat menakutkan setiap yang masih hidup hingga ke saat itu kerana bunyinya yang amat dahsyat yang tidak pemah didengar oleh setiap makhluk selama itu. Tidak satu pun makhluk yang bernyawa dapat terselamat.

Bertamu Ke Alam Barzakh - Bahagian 3

Lagi satu siksa yang diterima oleh mayat yang derhaka kepada Allah di dalam kubur ialah siksa himpitan kubur. Kubur yang sempit itu akan menghimpit mayat hingga berselisih tulang-tulang rusuk. Kubur akan menghimpit si mayat apabila dia tidak dapat menjawab soalan- soalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir. Selain dari itu, azab yang akan diterima oleh si mayat di alam kubur ialah azab yang didatangkan oleh malaikat ketika salah satu dari pintu neraka dibukakan. Api dari pintu neraka itu akan menyembur dan menuju ke alam bareah tempat mayat itu disiksa. Jadi, di alam barzakh lagi,

Bertamu Ke Alam Barzakh - Bahagian 2

Bagi orang-orang munafik dan orang kafir serta mukmin yang derhaka pula, malaikat-malaikat Mungkar dan Nakir akan berkata dengan mereka dengan muka yang menggerunkan serta dengan suara yang kasar hingga si mayat terketar-ketar dan takut. Kehidupan mereka ini di alam barzakh sentiasa penuh dengan ketakutan yang tidak terhingga. Kepada siapa pun dia tidak boleh meminta pertolongan sama ada kepada sanak-saudara, sahabat handai ataupun kepada anak isteri. Masing-masing tidak boleh mendengar jerit-pekik si mayat tadi. Yang mendengar hanyalah binatang-binatang seperti ayam itik, kambing, lembu dan sebagainya.

Bertamu Ke Alam Barzakh - Bahagian 1

Destinasi yang terakhir manusia ialah alam akhirat. Seribu kali malang alam abadi ini hanya sedikit yang mengingatinya dan ramai yang mengabaikan persiapan untuk bermastautin di sana. Dunia ini tempat persinggahan sementara manakala kubur atau alam barzakh merupakan alam transisi atau persempadanan antara dunia dan akhirat ke akhirat.
Di alam barzakh inilah adanya penilaian yang sesungguhnya. Adapun peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh.

Saturday, December 3, 2016

Adakah Kita Golongan Yang Istidraj ?

Maksud Istidraj

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu,

Indahnya Mehnah Kehidupan

Adakalanya kita menatap hidup dengan senyuman, tapi di saat yang lain kita harus menangis…
Dalam hidup ini seringkali kita dihadapkan pada masalah. Problematika kehidupan selalu menghadang siapa saja, tanpa memandang batas usia dan jenis kelamin maupun status sosial.
Hidup kita di dunia merupakan ujian dari Sang Pencipta. Ujian senantiasa mendampingi dan mewarnai kehidupan kita sebagai manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan, akan membosankan. Kesusahan yang berkepanjangan, akan mengecewakan.

16 Natijah Zina

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.
Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Kita Bertanggungjawab 100%

Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati setiap orang kelak di akhirat akan diminta tanggung jawab. [Al-Isra’, 17 : 36]
‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu anhu berkata berkenaan “وَلاَ تَقْفُ”, iaitu maksudnya: “Jangan kamu mengatakan”

Apabila Disapa Kegagalan...

Kegagalan? Semua manusia pernah menghadapi kegagalan tetapi dengan jalan yang berbeza. ALLAH SWT, tidak pernah tidak adil. ALLAH berikan dugaan yang lain-lain pada setiap orang. Kesedihan anda? ALLAH tahu.. ALLAH nampak..

Menghadapi kegagalan lalu berputus asa, anda sebenarnya zalim terhadap diri sendiri! Bila disapa kegagalan, anda sebenarnya tidak gagal. Malah sebenarnya anda mendapat perhatian lebih daripada

Komunikasi Blur

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja, seraya berkata, " Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." 

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang
perkhabaran gembira ini sehingga telah benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. 

Jangan Suka Berlagak

Pada suatu masa dahulu, ada seekor lalat sombong yang memikir akan dirinya sangat hebat dan  penting. Pada suatu hari yang cerah, dia terbang mencari-cari teman untuk untuk berborak. Tiba-tiba ternampaklah seekor lembu jantan sedang meragut rumput di padang. 

Dia hendak pergi berborak dengan lembu itu lalu lalat terbang ke arah lembu lalu berlegar-legar di sekeliling kepala lembu. Lembu tidak mempedulikannya dan terus khusyuk

Keindahan Jemari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran  di sebalik jari anda yang lima yang boleh diandaikan. Cuba erhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ke hadapan dalam keadaan terbuka. Perhatikan dengan sesungguhnya. Jangan dipandang remeh perintah wajib untuk bersolat lima waktu. 

Kemudian, perhatikan tangan dengan
meletakkannya di atas meja, . Jari kelingking yang kecil dan kerdil memulakan saf jari

Antara Sahabat, Kawan, Rakan, dan, Kenalan

Seringkali terawang-awang di benak pemikiran kita, beza perbezaan kata antara sahabat, teman, kawan, rakan, dan taulan. Semuanya hanya dapat dibezakan dan ditelusuri secara semantikos dengan intuisi yang tinggi. "A friend in need is a friend indeed!!"

Secara manusiawi, kita hanya ada diri dalam kehidupan fana di dunia ini, tetapi dalam kebersendirian ini, kita masih beruntung sebab memiliki seorang insan lain yang memahami kita, dengan gelaran sama ada

Antara Kosong dan Penuh


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangundan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah……..

Di Bumi Itu...


Petang kelmarin ibu saya telah mendapat satu panggilan dari kampung yang mengkhabarkan berita kematian salah seorang saudara kami. Oleh sebab beberapa kekangan, ibu saya hanya boleh pulang untuk ziarah keesokan pagi. Saya berniat untuk ikut kerana inilah satu-satunya peluang untuk saya saksikan sendiri 'persembahan' berakhirnya sebuah kehidupan seorang manusia. Pengalaman saya sendiri menziarah orang meninggal hanya baru
dua kali seumur hidup maka saya rasakan agak rugi jika melepaskan peluang untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Pada mulanya, ibu

Jerawat Oh Jerawat


Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat. Editor pernah mengamalkan petua 2 hasil nasihat ibunya. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.

Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.
Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas.

Friday, December 2, 2016

Membentuk Srikandi Muslimah

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat sayang akan muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak

Mengapakah Anak Menderhaka ? - Bahagian Akhir


7.Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tidak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

Mengapakah Anak Menderhaka ? - Bahagian 2


HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.


Walau agaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang danperhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan

Mengapakah Anak Menderhaka ? - Bahagian 1


Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik ke atas belakang pun tidak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).” 
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Luasnya Neraka


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam dari azab siksa api neraka-Mu, YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu,
YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMAT-MU, YA ALLAH......AMIN.....

Kisah Pedang Saidina Ali R.A.

Saiyidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Saiyidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya.
Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. 


Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Saiyidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” 

Kesilapan Mendidik Tauhid - Bahagian Akhir

1. Tidak memanfaatkan usia muda yang paling optimum.


Usia yang paling optimum untuk menanamkan ilmu Tauhid ialah antara 8 bulan hingga 8 tahun. Pada waktu ini fitrah anak-anak sungguh bersih, ditambah pula oleh fikiran, perasaan dan jiwanya yang mula berkembang. Usia ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memperkenalkan Allah secara mudah, ‘natural’, santai dan berterusan.

Kesilapan Mendidik Tauhid - Bahagian 1


Hati kita sebagai ibu-bapa kadangkala terusik kenapa anak-anak yang telah diberi pelajaran yang secukupnya dalam bidang Fardhu Ain, masih mengalami masalah salah-laku? Qurannya sudah khatam (habis dibaca), solat, wuduk, puasa dan lain-lain sudah dikuasai ilmunya, tetapi mengapa masih jahat juga?

Tak cukupkah lagi dengan pengajaran yang diberi? Atauada ‘kebocoran’ di mana-mana sewaktu proses mengajar dan mendidik?. Masalah ini perlu disuluh secara teliti, dan dengan pemikiran yang lebih kritis. Kenapa benih padi yang kita tanam, lalang pula yang

What Money Can Buy ?

Money can buy costumes but not beauty
Money can buy idols but not devotion
Money can buy books but not wisdom and knowledge
Money can buy bed but not rest and sleep
Money can buy medicines but not health
Money can buy wealth but not health
Money can buy clothes but not shame
Money can buy food but not hunger

Renungan : Tradisi Keilmuan Islam dalam Kenangan ?

Peradaban Islam pernah mencapai masa keemasan. Itu fakta sejarah yang tak bisa dimungkiri siapapun. Hampir tujuh abad lamanya, mulai 750-1500 M 0-700H, bendera kejayaan Islam terus berkibar.

Sejak deklarasi Islam oleh Rasulullah saw sampai pada kejatuhan Granada di Sepanyol, peradaban Islam memberi kontribusi yang tidak dapat dilupakan oleh peradaban moden kini.

Thursday, December 1, 2016

Muslimah Memang TIDAK GUNA...!


Saya percaya bahawa apabila mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, kita tersangat tidak bersetuju. Sebelum mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.

Jika ada mana-mana poin yang tidak tepat, sila nyatakan komen secara terbuka.


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA

Info : Terapi Dengan Teknik Pernafasan

Hidung kita memiliki lubang disebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

3 Bisikan


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? 

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Belajar Daripada SEmut

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja

Info : Zikir VS Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah,

Terbongkarnya 7 Rahsia

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskankan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu yang jangan kita abaikan.

3. Letakkan tangan di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja kita lakukan semuanya bermula dari

Geletek Sekejap : Basuh Kaki, Basuh Muka


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Iktibar Untuk Wanita 'Free Hair'

Ini merupakan kisah benar yang telah dimuatkan di dalam majalah MANAR ISLAM. Pada suatu hari, seorang gadis yang 'telanjang' akibat terpengaruh dengan cara hidup Barat menaiki sebuah bas mini menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya, walau pun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keIslaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi, apatah lagi nak bertudung sehingga hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. 

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

Renungan : Taktik Syaitan Dedahkan Aurat Wanita - Bahagian Akhir


Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti
kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa

Renungan : Taktik Syaitan Dedahkan Aurat Wanita - Bahagian 2


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi

Renungan : Taktik Syaitan Dedahkan Aurat Wanita - Bahagian 1


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.


Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Santai Minda : Pantun Sinis Pak Ngah


Tahukah tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.

Kini kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa.

Tudung nipis terbayang rambut,
Rambut terjulur kerana singkat,

Renungan : Motivasi Daripada Kejadian Cicak


Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam

Info : Berdosakah Bayi Dalam Kandungan...?


Hukum seorang ibu menggugurkan janin atau kandungannya tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi. Namun apa yang jelas, al-Quran dan Hadis Nabi mengharamkan pembunuhan kerana Islam adalah agama yang sangat mementingkan kehidupan dan kesejahteraan manusia seluruhnya.

Antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka

Renungan : Kisah Anak Derhaka

Bila baca cerita nie, rasa lain macam je. Sedih, geram semua ada. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. Walaupu jahat macamana pun, jangan sampai beli benda yang bukan2 untuk mak ayah kita. Jom la baca dulu kisah nie::

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. 
Sekitar awal 90-an, seorang pemuda 30-an menjerit jerit seorang diri
di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.