Saturday, May 23, 2020

PERUTUSAN AIDILFITRI PENGETUA SAMAKU

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Marilah kita sama-sama bertahmid dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas nikmat kemenangan yang dianugerahi kepada kita untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Kemenangan ini amat bermakna jika kita berjaya melaksanakan tranformasi tarbiyah diri ke arah menjadi insan terdidik yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia sepanjang kehidupan kita.
Ibadah puasa merupakan satu-satunya perjalanan spiritual yang ikhlas bagi mentarbiyah rohani dan kekuatan fizikal.

Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1441H

 Jumaat, SAMAKU : Satu majlis penyampaian sumbangan kepada semua pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan telah dilangsungkan pada hari ini. Seramai 17 orang pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan telah menerima sumbangan ini. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Che Mood, Pengetua SMKA Matang 2 Kuching, petang tadi.

"Semua sumbangan yang disampaikan kepada semua penerima merupakan sumbangan warga SAMAKU dan mereka yang budiman," katanya.

Thursday, May 21, 2020

PROGRAM INFAK RAMADAN 1441H



Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program INFAK RAMADHAN 1441H/2020M terutama kepada :

1.Ayahanda Pengetua 
2.Rakan  pengurusan
3.Semua Anggota Kumpulan Pelaksana
4.Semua Pengerusi Al Falah 
5.Semua Guru Kelas
6.Semua guru al-Falah

Tuesday, May 19, 2020



6  Jenis Wanita
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Kronologi COVID-19 di Malaysia



Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
23 JanuariKementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif.
24 JanuariKKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.