Saturday, May 23, 2020

Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1441H

 Jumaat, SAMAKU : Satu majlis penyampaian sumbangan kepada semua pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan telah dilangsungkan pada hari ini. Seramai 17 orang pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan telah menerima sumbangan ini. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Che Mood, Pengetua SMKA Matang 2 Kuching, petang tadi.

"Semua sumbangan yang disampaikan kepada semua penerima merupakan sumbangan warga SAMAKU dan mereka yang budiman," katanya.


Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan program INFAK RAMADHAN 1441H/2020M ini. Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan ini ialah Ustaz Mohd Asri bin Ibrahim, PKHEM SAMAKU, Encik Mohd Nizam bin Sinu, Kaunselor sekolah dan beberapa orang pegawai pengurusan dan pentadbiran yang lain.


Barang-barang sumbangan

Penerima sumbangan pekerja kebersihan

Penerima sumbangan kawalan keselamatan

Pengetua menyampaikan sumbangan kepada pengawal keselamatan

penyampaian sumbangan kepada pekerja kebersihan



No comments:

Post a Comment