Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang
perkhabaran gembira ini sehingga telah benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahfus ker?"
"Ya, saya ni isterinya. ada apa encik" jawab isterinya,
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Rilek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, "Nanti saya bincang dengan suami saya."
Pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokan harinya, selepas diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yang datang ke rumah si Mahfus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
"Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu.
Ini telah membuatkan si Mahfus naik berang. "Apaaa...??!! Nak bayar korang? Boleh belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."
Si Mahfus mencelah "Apa??? Potong??? Habis tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanye..Isteri Encik kena pakai lilin ajer laa"
???????????????????.....................
No comments:
Post a Comment