Pada suatu masa dahulu, ada seekor lalat sombong yang memikir akan dirinya sangat hebat dan penting. Pada suatu hari yang cerah, dia terbang mencari-cari teman untuk untuk berborak. Tiba-tiba ternampaklah seekor lembu jantan sedang meragut rumput di padang.
Dia hendak pergi berborak dengan lembu itu lalu lalat terbang ke arah lembu lalu berlegar-legar di sekeliling kepala lembu. Lembu tidak mempedulikannya dan terus khusyuk
meragut rumput. Kemudian lalat itu berlegar-legar pula di dalam telinga lembu. Lembu terus tetap meragut rumput. Memandangkan lembut berterusan tidak mempedulikannya, lalat terus mengambil keputusan untuk hinggap di atas tanduk lembu dengan harapan lembu itu peduli akan kehadirannya. Dia mengharapkan lembu akan memarahinya, tetapi lembu tetap mendiamkan diri sambil meragut rumput.Lalat menjerit dengan marah, “Hoi, lembu! Jika kamu berasa aku terlalu berat bagi kamu, beritahulah aku supaya aku terbang pergi dari sini..!”
Lembu ketawa lalu berkata, “Lalat yang kecil, aku tidak peduli walaupun kamu ingin duduk di atas tandukku walau sampai bila sekalipun atau terbang pergi. Kamu terlalu kecil dan aku tidak berasa apa-apa pun. Jadi, tolong jangan bising lagi”
Pengajaran : Kita seharusnya mengenali had diri dan jangan berlagak dengan kehebatan kita kerana ada yang lain lebih hebat daripada kita.
No comments:
Post a Comment