Secara manusiawi, kita hanya ada diri dalam kehidupan fana di dunia ini, tetapi dalam kebersendirian ini, kita masih beruntung sebab memiliki seorang insan lain yang memahami kita, dengan gelaran sama ada
SAHABAT, TEMAN, KAWAN, RAKAN, TAULAN.
Sebagaimana keinginan kita mendambakan keikhlasan dan kejujuran mereka, begitulah juga dambaan mereka kepada kita. Tetapi kita sendiri yang sering alpa dan terbabas tentang hal itu dengan hanya mementingkan tentang harapan dan perasan kita.
Kita akan sering berasa dikhianati apabila mereka memungkiri janji sehinggakan tiada peluang diberikan kepada mereka untuk menerangkan penjelasannya. Bagi kita, itu hanyalah alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri mereka.
Melalui artikel ini diperturunkan definisi bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan dan sahabat yang kadang kala dianggap mengelirukan.
Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik.
Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya.
Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya. Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya.
Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Beruntungnya jika kita memiliki sekaligus seorang Sahabat, Kawan, Rakan, dan, Kenalan yang sentiasa memahami dan selalu berada di sisi pada ketika kita memerlukannya dan sanggup mendengar luahan segala perasaan sama ada rasa kecewa, gembira, ketakutan, dan sebagainya serta harapan dan impian. Mereka akan cuba sepenuh hati untuk membantu dan mencari jalan sebagai laluan penyelesaian masalah yang kita hadapi. Biasanya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...? seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...Tetapi kita sering terlupa.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setipa kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat baik, dan orang yg menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik~
Sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu.. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenatnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan... Kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...
Oleh itu, hargailah sebuah persahabatan kerana tersimpul segala-galanya di sebalik erti persahabat tersebut.
The Truth:
"when a particular guys flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. So if you treat a girl just as a friend, go easy on the smiles and stare 'okay ?"
"Menuntut ilmu adalah taqwa.. menyampaikan ilmu adalah ibadah.. mengulang ngulang ilmu adalah dzikir.. mencari ilmu adalah jihad. - Al-Ghazali"
No comments:
Post a Comment