Saturday, December 3, 2016

Di Bumi Itu...


Petang kelmarin ibu saya telah mendapat satu panggilan dari kampung yang mengkhabarkan berita kematian salah seorang saudara kami. Oleh sebab beberapa kekangan, ibu saya hanya boleh pulang untuk ziarah keesokan pagi. Saya berniat untuk ikut kerana inilah satu-satunya peluang untuk saya saksikan sendiri 'persembahan' berakhirnya sebuah kehidupan seorang manusia. Pengalaman saya sendiri menziarah orang meninggal hanya baru
dua kali seumur hidup maka saya rasakan agak rugi jika melepaskan peluang untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Pada mulanya, ibu saya tidak membenarkan lantaran hari berikutnya kami akan mengadakan majlis bacaan maulud di rumah. Namun, kerana melihatkan saya yang sudah bersiap akhirnya dia membenarkan. Walaupun pada mulanya asyik dimarah, namun saya redha menerimanya kerana saya tahu Allah lebih mengetahui niat di hati. Itu sudah memadai. Dalam perjalanan, ayah saya memandu boleh tahan juga lajunya namun saya bersyukur kami tiba di kampung dengan selamatnya.


Setibanya di perkarangan rumah saudara ibu, saya melihat ramai orang berkerumun untuk memberi penghormatan terakhir. Saya hanya mampu memerhati dan melihat riak-riak muka yang sugul di wajah mereka. Jenazah yang dilihat terkaku di atas pembaringan. Saya memerhati suasana keseluruhannya. Sekujur tubuh yang ditutupi dengan kain batik dan kain tudung di wajah. Pertama sekali saya melihat jenazah ialah ketika berusia 12 tahun iaitu jenazah arwah nenek. Kali kedua, ketika berusia 17 tahun. Kemudian, saya melihat bagaimana jenazah ini dimandikan seterusnya dikafankan dengan kain putih yang diletak wangian serta kapur barus. Baunya saja sudah 'menggegarkan' jantung saya. Setelah itu, jenazah disolat dan seusainya dimasukkan ke dalam kereta mayat untuk dihantar ke tanah pengkuburan. Saya tidak berkesempatan melihatan upacara pengkembumian namun masih segar di ingatan upacara pengkebumian jenazah arwah nenek yang tanahnya digali sedalam 7 kaki kemudian wajah jenazah dipastikan mengiring ke arah kiblat dan akhirnya ditutup dengan papan dan tanah dikambus semula serta diletakkan kayu penanda. Sejurus itu talkin mula dibacakan.



Namun, inilah kali pertama saya menyaksikan sendiri proses penamatan kehidupan seorang insan secara 'live' yang mengakhiri kehidupannya di atas muka bumi Allah ini. Mungkin sebelum ini saya hanya acapkali berbicara soal kematian namun kali ini Allah telah memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri hakikat sebuah kehidupan di dunia ini. Sebelum jenazah dibawa ke tanah pengkuburan, salah seorang ahli keluarga si mati memberi ucapan. 



Sebahagaian dari ucapan beliau,



"Kepada kakak-kakak, adik-adik, tuan puan, hari ini kita telah kehilangan seorang ahli keluarga, rakan, sahabat kita Tn.Hj Hanis, yang telah kembali menghadap Allah. Hari ini merupakan hari kesedihan bagi keluarga beliau. Namun, ingatlah setiap yang hidup itu pasti akan menemui kematian.Bagi mereka yang pernah berhutang atau dihutang, janganlah segan silu untuk berjumpa dengan waris allahyarham bagi menuntut apa-apa perkara. Segala salah silap ketika allahyarham masih hidup moga dapat dimaafkan supaya perjalanan allahyarham untuk menghadap Allah mudah dan ceria. Dengan ini sebelum menghantar allahyarham ke pengkuburan, marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk mengiringi pemergian Allahyarham."



Suasana yang sepi dengan angin yang sepoi-sepoi bertiup membawa saya menginsafi diri sendiri. Persoalan yang timbul, bagaimana agaknya malam pertama kita di alam kubur? Apakah kita akan dibalun atau dilayan dengan penuh istimewa sekali? Apakah kehidupan kita di atas dunia memberi manfaat tika kita mati? Apakah selama kita hidup, perintah Allah sudah dijalankan atau laranganNya yang kita kerjakan?



Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “ Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ( QS: 62:8)



Kebanyakan orang menghindari dari berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang[dengan kematian]; mereka berfikir tentang: dimana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, manusia menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!



Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tiada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.



Mulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujuk kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.



Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tiada seorang pun yang datang mengunjungi. Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yan berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah:baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda, akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Bekas-bekas anda di pejabat akan dibuang atau diarkibkan. Selamat tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan pemergian anda namun waktu akan mempengaruhi ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tiada seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tiada gunanya lagi bagi anda.



Sementara semua hal ini terjadi di dunia ini, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setalah anda dimakamkan, maka bakteria dan serangga berkembang biak pada mayat; oleh kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung disebabkan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung, dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjujikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tererai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka. Tidak ada kesempatan untuk kembali keapda kehidupan sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.



Jiwa anda akan meninggalkan tubuh dengan segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda- akan menjadi bahagian dari tanah. Ya, tetapi alasan semua hal ini terjadi? Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja membusuk seperti kejadian di atas tetapi hal ini justeru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting. Akhir kehidupan yang sangat dasyat yang menunggu manusia; seharusnya menyandarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang ‘dibungkus’ dalam tubuh. Harus disedari bahawa ia memlilki suatu kewujudan lain di luar tubuhnya. Harus difahami, kematian tubuhnya – yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia hidup selamaya di dunia yang sementara ini, tubuh yang dianggap sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka.



Manusia sering terleka namun hanya pabila kematian tiba-tiba keluaraga terdekat atau rakan taulah yang mengingatkannya akan kematian. Mungkin ada yang berfikiran, belum saatnya mati itu dan selalu kita berfikir masih ada hari esok untuk hidup. Bahkan mungkn saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyurata juga berfikiran sedemikian. Ada kemungkinan di saat anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan mempermainkan kemungkinan itu untuk terjadi. Mungkin juga kita sering merasakan bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alas an untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:
Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematuan atau pembunuhan, dan jika(kamu terhindar dari kematian)kamu tidak juga akan mengecap kesenganan kecuali sebentar saja” (QS.33:16)



Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah berwaspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup hanya untuk memenuhi hawa nafsunya. Tidaklah seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Kenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang ketika mati hanyalah amalannya saja. Inilah pesanan buat diri penulis juga para pembaca, moga kita bersama-sama berusaha sentiasa memperbaiki amal dan bersiap-siap menghadapi sebuah kematian yang merupakan hakikatnya bukanlah merupakan pengakhiran hidup tetapi saat permulaan sebuah kehidupan yang kekal abadi.



Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment