HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.
Walau agaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang danperhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan
nenek, walau pun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di hadapan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.
nenek, walau pun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di hadapan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.
USAH DERHAKA KEPADA MERTUA
Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.. Kalau mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang akan anaknya, mengapa kita tidak sayang akan orang yang melahirkannya juga?
Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalinkan hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung kita.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami… Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah dan isterinya pun tidak kenal dengan mertuanya. Menantunya berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walau pun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tip yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempat kan anak-anak anda dalam kalangan winnepemenang.
Tip-tip ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai pemenang. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara yang menang dan yang kalah adalah suatu yang mudah iaitu:-
Pemenang percaya akan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dalam kalangan orang yang berjaya sementara yang kalah merasakan diri mereka tidak boleh.
20 tip tersebut ialah;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk);
3..Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran);
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau pun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya);
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap;
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali);
...bersambung, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment