Thursday, December 1, 2016

Renungan : Kisah Anak Derhaka

Bila baca cerita nie, rasa lain macam je. Sedih, geram semua ada. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. Walaupu jahat macamana pun, jangan sampai beli benda yang bukan2 untuk mak ayah kita. Jom la baca dulu kisah nie::

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. 
Sekitar awal 90-an, seorang pemuda 30-an menjerit jerit seorang diri
di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.

Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda Melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa yang menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa ketika lelaki itu sedang tidur.
  
Dia tidak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh si ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan.

Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”

Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. 

“Daging apa?” tanya ustaz kembali. 

“Saya belikan daging babi, ustaz ! Saya berdosa, ustaz”, jawab pemuda itu.

Ustaz tergaman tidak terkata. Hanya istighfar sahaja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30-an meneruskan cerita, "Pernah satu hari dalam bulan Ramadan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa."

"Saya bagi tahu ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz." Tambahnya lagi.

Selepas itu, dalam sendu tangisnya  pemuda itu memberitahu ibunya telah ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

No comments:

Post a Comment