كن عالماً أو متعلماً أو محباً لأهل العلم، ولا تكن الرابع فتهلك
TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI
- Menjaga kebersihan diri, termasuklah fizikal, mental dan rohani.
- Beradab,jujur dan amanah.
- Menghargai dan menepati masa.
- Berjimat cermat.
- Sabar dan bertoleransi.
- Menghormati hak orang lain.
- Berani dan cekal serta tabah hati.
- Berdedikasi dan berdikari.
- Bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA
- Taat kepada Allah.
- Mempertahankan syiar agama di samping maqasid syariah.
- Mendalami dan menghayati ajaran agama dalam rutin seharian.
- Menuntut ilmu dengan niat memenuhi tuntutan agama.
- Menyebarluaskan akhlak muslimdalam kalangan masyarakat.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
- Menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua.
- Memupuk hubungan baik sesama keluarga.
- Memenuhi harapan dan cita-cita keluarga menjadi seorang berpendidikan dan berakhlak tinggi.
- Menjaga nama dan reputasi baik keluarga.
- Menghormati sahabat / saudara / kenalan keluarga.
TANGUNGGJAWAB TERHADAP MASYARKAT
- Saling bertolong bantu dan bersepakat.
- Menghormati generasi yang lebih tua.
- Bertolak ansur, menghormati pantang-larang dan budaya suku kaum lain.
- Menjaga persefahaman dan sabar.
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan / kebajikan.
- Bersifat belas dan ihsan sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar.
- Memelihara kerukunan hidup berjiran.
- Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencabulan budaya asing.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEKOLAH
- Mematuhi dan menghormati undang-undang dan peraturan sekolah.
- Menghormati guru-guru dan warga sekolah.
- Bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran.
- Menaikkan nama baik sekolah dalam semua aspek dan bidang.
- Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni.
- Bekerjasama dan bersatu-padu.
- Menceburi aktiviti-aktiviti sekolah dengan teku.
- Menggunakan dan menghargai kemudahan yang tersedia oleh sekolah dengan berhemah.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP GURU
- Menghormati guru sebagai sumber khazanah pengetahuan.
- Bersantun terhadap guru.
- Bersedia secara suka rela memberi kerjasama dan bantuan kepada guru.
- Mematuhi semua arahan guru selagi tidak bertentangan dengan syariat.
- Sentiasa menjaga perasaan guru.
- Menerima teguran dan tindakan guru dengan minda positif.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
- Cinta akan negara dan bersiap siaga berkhidmat untuk mempertahankan negara.
- Mematuhi dan mendaulatkan undang-undang negara.
- Sentiasa mengamalkan kelima-lima Prinsip Rukunegara.
- Tidak memperlekehkan pemimpin-pemimpin negara.
- Tidak melakukan vandalisme kepada prasarana awam.
- Sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan martabat serta imej negara .
- Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup dalam negara.
- Memelihara dan mempertahankan keindahan dan alam semula jadi negara.
SEMOGA ANDA MENJADI WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB!!
No comments:
Post a Comment