Wednesday, November 30, 2016

Jendela Dunia Mutakhir

1. EU SEMAKIN TENAT
Selepas kejatuhan ekonomi Greece dan keputusan UK untuk keluar dari EU, kini pandangam awam untuk mendesak keluar dari EU semakin rancak di negara-negara lain. Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal USA today, gerakan yang dikenali sebagai euroscepticism ini amat hebat di Perancis, Poland, Belanda, Austria, Jerman, Sepanyol, Italy, Greece, Denmark, Hungary dan Sweden.
Efek domino berlaku selepas isu Brexit yang menggemparkan dunia. Ini menunjukkan keruntuhan sistem ekonomi Liberal-Kapitalisme yang pernah dibanggakan ekonomis dunia. Walaupun kini dasar isolationisme dan nasionalis yang menjadi tumpuan, namun hakikatnya dunia masih terkapai-kapai mencari ideologi ekonomi
baru menggantikan sistem pasaran terbuka, sistem ribawi dan wang fiat yang membawa kepada kemusnahan dan ketidakstabilan sejagat.
Mungkin sudah tiba masanya sistem ekonomi bertuhan pula yang akan mengambil tempat. Ekonomi yang menitik beratkan soal halal dan haram, soal sikap dan peribadi individu.

2. USAHA MENIDAKKAN KEMENANGAN TRUMP DI AMERIKA
Menurut perlembagaan Amerika, pemilihan yang berlaku 8 November lepas bukanlah pilihanraya Presiden yang sebenar. Ia cuma sebuah pemilihan supaya rakyat mengundi wakil-wakil yang akan mengundi presiden Amerika yang disebut sebagai Electoral College. Pilihanraya presiden yang sebenar dijadualkan pada 19 Disember ini.
Namun belum berlaku dalam sejarah Amerika, keputusan pemilihan Electoral College berbeza dengan pilihanraya Presiden yang sebenar. Walaubagaimanapun, kini sedang rancak usaha mencarik adat ini. Electoral College dikempen supaya mengundi Hillary Clinton dan bukannya Donald Trump.
Amerika dikenali oleh masyarakat dunia sebagai ikon demokrasi. Namun sistem electoral college ini sebenarnya bukti bahawa mereka sendiri takut akan kuasa rakyat teramai. Pengkelasan sebegini hanya mengembalikan sistem demokrasi purba di Athens dahulu yang hanya mengiktiraf bangsawan sebagai golongan yang layak menentukan pemimpin.
Dalam perkembangan lain, pendokong Hillary telah mengemukakan petisyen bantahan terhadap keputusan pemilihan di wilayah Winscoinson. Jika diterima, mungkin undian lepas akan dikira semula.

3. HASRAT PUTERA SAUDI DANAI ISRAEL
Al-Waleed Talal, salah seorang putera kerajaan Arab Saudi memberi amaran kepada Rusia, sekiranya Putin tidak mahu ke meja rundingan bagi menyelesaikan isu Syria, beliau akan mendanai dengan Israel dan negara-negara Arab lain untuk menyerang Rusia.
Sebelum itu, Talal yang juga seorang ahli perniagaan terkemuka Saudi telah mengalukan kedatangan wakil negara haram itu ke Saudi. Mereka hadir bagi menandatangani MoU di Kementerian Luar Arab Saudi. Dalam ucapannya, Talal menyatakan:
"We are so delighted today to see that Arab mentality changes and the Arab states do not consider Israel as their enemy anymore.We should work together to save Syrian citizen from Russia atrocities,If Putin Won't come back to the negotiating table,I will finance Israel and Arab Countries to Invade Russia"

4. KEBAKARAN DI TANAH HARAM ISRAEL
Selepas diusulkan di Knesset (Parlimen Israel) cadangan melarang azan di tanah haram itu pada 13 November, Allah SWT turunkan bencana yang dahsyat kepada negara terbabit. Larangan yang dibuat melibatkan Masjidil Aqsa dan masjid-masjid lain di sekitar.
Kebakaran bermula di penempatan Neve Shalom berhampiran al-Quds. Ia kemudian merebak beratus kilometer ke wilayah Haifa. Kebakaran itu menyebabkan lebih 70,000 rakyat Israel dipindahkan dari Haifa. Lapangan Terbang Tel Aviv dan pelabuhan tirut ditutup. Kerugian sudah dianggarkan ratusan juta dollar. Kerajaan Israel terpaksa mengisytiharkan darurat dan meminta negara-negara asing membantu.
Apa yang menarik, selain pihak berkuasa Palestin yang membantu memadamkan kebakaran, Rusia yang terkenal dengan seteru Israel turut menghulur bantuan. Selain dari berjaya meraih populariti di mata rakyat Israel dan masyarakat antarabangsa dalam mainan politik persepsi, mereka juga berpeluang meneroka tanah haram itu. Perkara ini sangat berguna sebagai maklumat ketenteraan.

5. ISU AHOK MASIH BELUM SELESAI
Setelah Ahok didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghina agama Islam dalam ucapan kempennya sebagai gabenor Jakarta beliau telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Namun sehingga kini beliau masih lagi bebas tanpa diambil tindakan apa-apa oleh pihak berkuasa. Hal ini mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan demonstran yang menuntut supaya Ahok ditangkap dan dihukum.
Sehubungan dengan itu, Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majelis Ulama Indonesia (GNPF MUI) mengumumkan akan mengadakan sekali lagi demonstrasi Aksi Bela Islam di Jakarta pada 2 Disember ini.

6. GENOSID DI MYAMNAR
Mengikut perlembagaan Myanmar pindaan 1982, bangsa Rohingya dari wilayah Arakan di pinggir Bangladesh adalah tidak termasuk dalam kategori warganegara. Atas dasar ini, berlaku pembantaian besar-besaran bagi menghapuskan etnik Rohingya. Rakyat awam turut terlibat membunuh dan menyeksa etnik ini. Pemimpin agama Buddha berperanan meniupkan semangat genosid ini atas nama agama, walaupun jelas bercanggah dengan ajaran Gautma Buddha sendiri.

Selepas berlaku pertempuran pertama antara Mujahidin dengan puak pelampau Buddha, barulah Aung San Suu Kyi mengajak kepada penyelesaian damai. Apa yang mengecewakan, tokoh yang bergelar ikon demokrasi Myamnar itu sebelum ini bukan sahaja membisu, malah menunjukkan sikap prejudis terhadap penganut Islam. (Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment