Wednesday, November 30, 2016

Kesihatan Dari Perspektif Islam

Islam merupakan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga daripada Allah.

Sabda nabi s.a.w :

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk
menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Riwayat Bukhari )

dan sabda baginda lagi:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada

orang mukmin yang lemah." ( Riwayat Muslim )

Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan pada tempat yang pertama selepas keyakinan ( keimanan ).

Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan ( iman ) (Riwayat Ibnu Majah).

Perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikan-Nya kadang kala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat.

Sabda nabi s.a.w : "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "( Riwayat Bukhari )

Dalam satu peristiwa, seorang Arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?"
Maka sabda nabi : "Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersama-samanya ubat kecuali satu penyakit sahaja. 
Maka mereka bertanya, "Apakah penyakit itu ?"
Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua". (Riwayat Ahmad)

Dua hadis di atas menggesa agar ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bagi penyakit yang belum ditemui lagi.

Antara perkara yang menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba.

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang perubatan berdasarkan sabda nabi : " Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan, maka kamulah yang mengaturnya dan jika berkait dengan hal-hal keagamaan, maka rujuklah kepadaku (Riwayat Ahmad dan Muslim )

Rujukan: At-tobib adabuhu wa fiqhhuhu oleh Dr.Zuhair siba'i dan Dr.Muhammad 'Ali Bar.

No comments:

Post a Comment