Berhati-hatilah dari menuntut ilmu untuk tujuan yang tidak benar dan bagi tujuan yang buruk seperti untuk berbangga-bangga, pertengkaran, riya’, dan sum’ah. Serta menjadikannya untuk mengejar habuan dunia serta jawatan. Ini bukanlah tujuan ahlul ilmi (ahli ilmu), padahal yang sebenarnya mereka adalah orang yang paling berhak. Sesiapa yang menuntut ilmu atau menggunakannya bagi tujuan yang buruk, maka dia tidak akan mendapat tempat di akhirat.
Mengamalkan ilmu bagi seseorang penuntut ilmu adalah suatu perkara yang paling utama yang perlu dipraktikkan. Hendaklah mereka memiliki sifat sebagaimana yang dituntut oleh ilmu sama ada di dalam persoalan akhlak, amalan, dan pengajaran. Dia (penuntut ilmu) adalah yang paling wajib untuk memiliki sifat dengan akhlak yang indah dan terlepas dari setiap
akhlak yang buruk. Dia adalah orang yang paling layak untuk menunaikan kewajiban-kewajiban yang tersurat atau pun yang tersurat, dan meninggalkan perkara-perkara terlarang (haram), dan dengan ilmu tersebut ia dibezakan (dari peribadi yang buruk). Dan mereka sewajarnya dapat menjadi contoh teladan yang baik bagi manusia lainnya. Kerana kebiasaan manusia itu sewajarnya adalah mengambil contoh teladan dari para ulama mereka, sama ada mahu atau pun tidak di dalam pelbagai persoalan.

Para ahlul ilmi itu, mereka sering menjadi sasaran serangan dan kritikan di ketika mereka meninggalkan perkara yang dituntut oleh ilmu.
Demikian juga, para salaf itu mendapatkan pertolongan dengan mengamalkan ilmu untuk mengukuhkan ilmu mereka. Apabila dia mengamalkan ilmunya, maka ilmu tersebut akan tetap berada bersamanya, tidak hilang, dan akan terus berkembang, serta akan banyak mendatangkan keberkahan.
Sekiranya dia meninggalkan amal terhadap ilmunya, maka ilmu tersebut akan pergi dan hilang berkahnya. Ruh ilmu, kehidupan ilmu, dan penegak ilmu hanyalah dengan cara mengamalkannya, menerapkan akhlak, pengajaran, dan nasihat. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment