Suami, kadang-kadang isteri menganggap bahawa suaminya tidak seperti ketika masa berkasih sayang dahulu atau merasa suami terlalu sibuk bekerja sehingga isteri merindukan hal-hal romantis bersama dengan suami tercinta. Atau ada yang merasai bahawa suami tidak prihatin, egois, dan sebagainya. Dan berikut ini beberapa ciri-ciri suami dambaan para wanita, atau yang sedang mencari suami idaman.
1. Setia Mendengar
Memiliki telinga tetapi tidak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika
memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau permintaan dari isteri. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah rasa didengari dan difahami saja.
memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau permintaan dari isteri. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah rasa didengari dan difahami saja.
2. Menghargai
Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik pada sikap mahu pun perkataannya tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, mulakan dengan perbuatan-perbuatan kecil seperti memberikan pujian jika isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.
3. Tidak Suka Menyalahkan
Seorang isteri juga manusia yang tidak luput daripada kesalahan atau kesilapan, ketika isteri berbuat kesalahan mahu pun, suami seharusnya menegur dengan sikap yang cerdas, tidak dengan kasar atau menyalahkan hingga keluar emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri sebaik-baiknya menanyakan/meminta penjelasan daripada isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi.
4. Boleh menerima pendapat isteri
Suami sebagai ketua keluarga, sebaik-baiknya tidak bersikap diktator tetapi sebaliknya suami boleh mendengar dan menerima pendapat daripada isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama tidak sepihak dan isteri harus memahami apa-apa yang diputuskan oleh suami.
5. Sayang akan diri sendiri
Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar suami juga menyayangi diri sendiri seperti menjaga kesihatan, pola makan yang seimbang, tidur yang cukup, dan tidak merokok.
6. Pulang dengan senyuman
Tekanan di tempat kerja tidak membuat suami membawa perasaan itu balik ke rumah, kerja yang membuat stres atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasai dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah bersikap.
Jika ada masalah di tempat kerja, suami boleh berkongsi cerita kepada isteri dan isteri pun boleh menjadi motivatori atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.
7. Romantik
Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang, perhatian dan romantis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami boleh melakukannya pada saat tertentu, misalnya pada hari ulang tahun pernikahan, atau pada hari lahir isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk berdua-duaan seolah-olah sedang bercinta.
8. Membantu urusan rumah tangga dan anak
Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mahu membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Walau pun sibuk mencari nafkah, suami masih ’sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.
9. Sentiasa menambah ilmu rumah tangga
Biasanya isteri yang mencari maklumat berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau suami juga mencari ilmu yang berkaitan dengan membentuk rumah tangga yang lebih sakinah atau bahagia.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment