1. Tidak Bersarapan
Mereka yang tidak bersarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah
rendah. Ini mengakibatkan kekurangan nutrien dibekalkan yang akan mengurangkan
keupayaan otak untuk bekerja.
2 . Makan Berlebihan
3. Merokok
Boleh menyebabkan pengecutan otak yang berganda dan boleh menyebabkan
penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan Gula yang Tinggi
Terlalu banyak gula akan menjejaskan penyerapan protein dan nutrien yang
akan menyebabkan pemakanan tidak seimbang dan mengganggu pertumbuhan otak.
5. Pencemaran Udara
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar di dalam tubuh. Menyedut
udara yang tercemar menurunkan kadar oksigen yang dibekalkan ke otak dan
seterusnya dapat mengurangkan keupayaan atau keefisienan otak.
6 . Tidur Yang Tidak Cukup
Tidur yang mencukupi membolehkan otak berehat manakala tidur yang tidak
mencukupi boleh meningkatkan jumlah sel-sel otak yang mati.
7. Kepala Tertutup Ketika Tidur
Tidur dengan kepala tertutup meningkatkan kadar karbon dioksida dan
mengurangkan kadar oksigen yang boleh menyebabkan kesan kerosakan pada otak.
8. Menggunakan Otak Semasa Kurang
Sihat
Bekerja keras dan belajar ketika kurang sihat akan menjejaskan
keberkesanan otak untuk bekerja dan pada masa yang boleh merosakkan otak.
9. Kurang Merangsang Minda
Berfikir adalah cara yang terbaik untuk melatih otak dan kurang
melakukan rangsangan kepada otak akan menyebabkannya semakin mengecut.
10. Jarang atau Kurang Bercakap
Perbualan secara intelektual akan meningkatkan keupayaan otak.
Wallahu a'lam
Info yg bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih... Sharing is caring...
DeleteInfo yg bermanfaat
ReplyDelete