Saturday, May 23, 2020

PERUTUSAN AIDILFITRI PENGETUA SAMAKU

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Marilah kita sama-sama bertahmid dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah di atas nikmat kemenangan yang dianugerahi kepada kita untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Kemenangan ini amat bermakna jika kita berjaya melaksanakan tranformasi tarbiyah diri ke arah menjadi insan terdidik yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia sepanjang kehidupan kita.
Ibadah puasa merupakan satu-satunya perjalanan spiritual yang ikhlas bagi mentarbiyah rohani dan kekuatan fizikal.

Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1441H

 Jumaat, SAMAKU : Satu majlis penyampaian sumbangan kepada semua pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan telah dilangsungkan pada hari ini. Seramai 17 orang pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan telah menerima sumbangan ini. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Rusli bin Che Mood, Pengetua SMKA Matang 2 Kuching, petang tadi.

"Semua sumbangan yang disampaikan kepada semua penerima merupakan sumbangan warga SAMAKU dan mereka yang budiman," katanya.

Thursday, May 21, 2020

PROGRAM INFAK RAMADAN 1441H



Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program INFAK RAMADHAN 1441H/2020M terutama kepada :

1.Ayahanda Pengetua 
2.Rakan  pengurusan
3.Semua Anggota Kumpulan Pelaksana
4.Semua Pengerusi Al Falah 
5.Semua Guru Kelas
6.Semua guru al-Falah

Tuesday, May 19, 2020



6  Jenis Wanita
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Kronologi COVID-19 di Malaysia



Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
23 JanuariKementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif.
24 JanuariKKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

Wednesday, January 11, 2017

Al-Fatihah : Tok Nan CM Untuk Semua

“Ooohaaaa..”, “ you oh you”, “Kamek Urang Sarawak Sik Suka TOL sebab mun ditambah OL alu jadi TOLOL “ (kami orang Sarawak tidak suka TOL kerana jika ditambah OL terus jadi TOLOL).. inilah antara kata-kata penuh jenaka yang sinonim dengan seorang anak Sarawak yang kewibawaannya disegani oleh kawan mahupun lawan.

Hanya ingin dikenali sebagai TokNan ataupun CM Nan di kalangan rakyat Sarawak kerana beliau tidak menyukai protokol yang

Wednesday, December 28, 2016

Sambutan Tahun Baharu Masihi ?

Kita berada di ambang tahun baru 2017. Tahun 2016 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah. Sejarah sukan negara yang terkini adalah tentang skuad bola sepak negeri dalam negara yang berkemelut. Mungkin dalam kehidupan kita sendiri, mempunyai sejarah pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun ini yang akan kekal sepanjang hidup kita. Semua ini mengajar satu erti hidup dan kisah bersama. 

Berbalik kepada sambutan tahun baru yang bakal diadakan tidak lama lagi, terutama sekali sambutan diperingkat negeri dan negara. Soalnya sekarang, apakah hukum menyambut tahun baru masihi?

Monday, December 5, 2016

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" 

10 Wasiat Imam Hasan al-Banna

Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengar azan, usahakan semampu terdaya (untuk bersolat) . Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. Perhatikan, banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.

Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu