Sunday, November 27, 2016

Kulupa Pada Janji

Syurga merupakan tempat segala kenikmatan dan kebahagiaan yang abadi dan menjadi dambaan setiap manusia yang hidup di dunia Jika ditanyakan kepada semua manusia, “Apakah yang mereka keinginkan setelah meninggal dunia ? , Pasti jawapan yang sama, “ Ingin ke syurga”.
Logiknya jawapan ini ada disebabkan bahawa semua jiwa manusia mengakui “fitrahnya” sebagai makhluk ciptaan Allah. Sebenarnya fitrah

Saturday, November 26, 2016

Anta Tanya, Allah Jawab...

1. Ketika ANTA mengeluh, "Ee.. aku penat sangat..."
    Allah menjawab :  وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتً۬ا
    "Tidakkah Kami menjadikan tidurmu sebagai istirahat" (QS78:9)
2. Ketika ANTA mengeluh, "Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku."

Friday, November 25, 2016

Sindrom 'Bangau'ing..,

Sejak kecil saya meminati lagu kanak-kanak yang saya pelajari dari sekolah, teman-teman dan daripada bahan-bahan bacaan. Ini termasuklah lagu kanak-kanak tradisi orang Melayu kita, mahu pun "nursery rhymes" dan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Lagu kanak-kanak yang paling saya gemari (mungkin hingga masa kini) ialah lagu "Bangau Oh Bangau".

Masih ingatkah irama dan lirik lagu ini? Jika ada yang terlupa, saya perturunkan sebahagian daripada lirik lagu tersebut seperti berikut:- 

Amanah Terbesar Ibu Bapa - Bahagian Akhir

Atau adakah pangkat dan bintang yang berjela-jela dibawa untuk dipersembahkan kepada Allah? Dengan pangkat, kedudukan dan darjat terasa seolah-olah kita sudah jadi orang besar dan terasa  bongkak dengan Allah. Dengan orang miskin dipandang hina. Dengan ulama dipandang leceh. Adakah pangkat dan darjat dapat menebus dosa yang dilakukan di dunia ini. Dapatkah semua ini menyelamatkan diri dari api neraka? Semua ini tidak berlaku di akhirat.

Memelihara anak dengan baik adalah ibadat tetapi bagaimana pula jika disebabkan terlalu sayangkan anak hingga tak sempat solat Maghrib,

Amanah Terbesar Ibu Bapa - Bahagian 2

Begitulah orang dahulu mengambil berat soal pemakanan anaknya. Sebaliknya kita bagaimana? Adakah kita bertanya dari mana buah jambu itu diambil?

Didikan seterusnya yang mesti dilakukan oleh ibu bapa ialah solat. Nabi saw pernah bersabda:

"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia apabila tidak mengerjakan solat semasa berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka."

Amanah Terbesar Ibu Bapa - Bahagian 1



Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibu bapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM), Sebaliknya ibu bapa yang melalaikan tugas amanah ini adalah berdosa.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." 

Dialog Sentap Pensel dan Pemadam

Pemadam : Apa khabar kawan?
Pensel : Aku bukan kawanmu.
Pemadam : Kenapa?
Pensel : Kerana aku benci kamu.
Pemadam : Kenapa engkau membenci aku?
Pensel : Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis
Pemadam : Aku tak padam melainkan yang salah!

Thursday, November 24, 2016

Manfaatkan Cuti Secara Bijak

Kita telah berada di denai penghujung 2016! Anak-anak telah pun bercuti. Bagaimana dengan pengisian cuti anak-anak setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti anak-anak. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu kongsikan dalam kelas bermanfaat buat anak-anak.

Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan anak-anak tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah.

Tabiat Perosak Minda


1. Tidak Bersarapan
Mereka yang tidak bersarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah rendah. Ini mengakibatkan kekurangan nutrien dibekalkan yang akan mengurangkan keupayaan otak untuk bekerja.

2 . Makan Berlebihan
Boleh menyebabkan pengerasan arteri pada bahagian otak yang mengakibatkan keupayaan otak menurun.