Thursday, December 1, 2016

Terbongkarnya 7 Rahsia

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskankan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu yang jangan kita abaikan.

3. Letakkan tangan di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja kita lakukan semuanya bermula dari

Geletek Sekejap : Basuh Kaki, Basuh Muka


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Iktibar Untuk Wanita 'Free Hair'

Ini merupakan kisah benar yang telah dimuatkan di dalam majalah MANAR ISLAM. Pada suatu hari, seorang gadis yang 'telanjang' akibat terpengaruh dengan cara hidup Barat menaiki sebuah bas mini menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya, walau pun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keIslaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi, apatah lagi nak bertudung sehingga hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. 

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

Renungan : Taktik Syaitan Dedahkan Aurat Wanita - Bahagian Akhir


Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti
kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa

Renungan : Taktik Syaitan Dedahkan Aurat Wanita - Bahagian 2


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi

Renungan : Taktik Syaitan Dedahkan Aurat Wanita - Bahagian 1


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.


Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Santai Minda : Pantun Sinis Pak Ngah


Tahukah tentang batas aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuang Islam dijauhi adat.

Kini kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa.

Tudung nipis terbayang rambut,
Rambut terjulur kerana singkat,

Renungan : Motivasi Daripada Kejadian Cicak


Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam

Info : Berdosakah Bayi Dalam Kandungan...?


Hukum seorang ibu menggugurkan janin atau kandungannya tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadis Nabi. Namun apa yang jelas, al-Quran dan Hadis Nabi mengharamkan pembunuhan kerana Islam adalah agama yang sangat mementingkan kehidupan dan kesejahteraan manusia seluruhnya.

Antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka

Renungan : Kisah Anak Derhaka

Bila baca cerita nie, rasa lain macam je. Sedih, geram semua ada. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. Walaupu jahat macamana pun, jangan sampai beli benda yang bukan2 untuk mak ayah kita. Jom la baca dulu kisah nie::

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. 
Sekitar awal 90-an, seorang pemuda 30-an menjerit jerit seorang diri
di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.