Wednesday, November 30, 2016

Solat Itu Soal Peribadi...?

Tadi, kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.
“Mengapa?”

Miskin Harta, Miskin Jiwa


Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. 

“Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” 

“Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan

Renungan : Indahnya Husnuszhon


Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.


Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan

Perkongsian : 10K Dalam Persahabatan


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka ifillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insya-Allah) .



* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadang kala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah

Kesihatan Dari Perspektif Islam

Islam merupakan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga daripada Allah.

Sabda nabi s.a.w :

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk
menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Riwayat Bukhari )

dan sabda baginda lagi:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada

Renungan : Antara Iman Dan Hati


Cahaya Hati sentiasa bersinar dan menerangi hidup jika hati kita sentiasa hidup dan segar, hati akan bergemerlapan jika sentiasa diberi dayakuasa untuk sentiasa bercahaya, dayakuasa itu diambil dari punca kuasa aktiviti-aktiviti pemantapan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Aktiviti-aktiviti pemantapan bagi menghidupkan hati ialah :


1. Menghadirkan diri ke majlis ilmu agama (tazkirah, kuliah, usrah, forum, ceramah, kelas)

2. Mengamalkan zikir/wirid yang mathur pagi dan petang.

Ibu Kita Seorang Pembohong...?

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Mengagar-agarkan Hati Anak

Mengikut sesetengah pendapat, kanak-kanak perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'degil' sekalipun cubalah kaedah lain untuk mengurangkan kedegilan itu. Kita pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil . Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

Lambaian Kepada Rezeki


Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”.

Kita mengaku kita muslim,kita ada ALLAH tapi mengapa tidak dekatkan diri dengan-NYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi.

Jendela Dunia Mutakhir

1. EU SEMAKIN TENAT
Selepas kejatuhan ekonomi Greece dan keputusan UK untuk keluar dari EU, kini pandangam awam untuk mendesak keluar dari EU semakin rancak di negara-negara lain. Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal USA today, gerakan yang dikenali sebagai euroscepticism ini amat hebat di Perancis, Poland, Belanda, Austria, Jerman, Sepanyol, Italy, Greece, Denmark, Hungary dan Sweden.
Efek domino berlaku selepas isu Brexit yang menggemparkan dunia. Ini menunjukkan keruntuhan sistem ekonomi Liberal-Kapitalisme yang pernah dibanggakan ekonomis dunia. Walaupun kini dasar isolationisme dan nasionalis yang menjadi tumpuan, namun hakikatnya dunia masih terkapai-kapai mencari ideologi ekonomi