Syurga
merupakan tempat segala kenikmatan dan kebahagiaan yang abadi dan menjadi
dambaan setiap manusia yang hidup di dunia Jika ditanyakan kepada semua manusia,
“Apakah yang mereka keinginkan setelah meninggal dunia ? , Pasti jawapan yang
sama, “ Ingin ke syurga”.
Logiknya
jawapan ini ada disebabkan bahawa semua jiwa manusia mengakui “fitrahnya”
sebagai makhluk ciptaan Allah. Sebenarnya fitrah
jiwa inilah yang menjawab pertanyaan itu kerana mereka mengetahui bahawa akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah mereka lakukan ketika bersandiwara di dunia. Firman-Nya :
jiwa inilah yang menjawab pertanyaan itu kerana mereka mengetahui bahawa akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah mereka lakukan ketika bersandiwara di dunia. Firman-Nya :
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن
ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ
بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ
ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu
mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang
mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia
bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak
berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (QS. Al-A’raf 172).
Inilah
janji pertama manusia di alam roh.
Kemudian,
Allah memperjelas lagi :
وَلَقَدۡ
كَانُواْ عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ مِن قَبۡلُ لَا يُوَلُّونَ ٱلۡأَدۡبَـٰرَۚ وَكَانَ
عَهۡدُ ٱللَّهِ مَسۡـُٔولاً۬
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat
janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari
medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu
akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). (QS. Al-Ahzab, 15)
Sementelah
itu, perjanjian kedua diikrarkan , ketika akal dan fikiran manusia telah
mencapai tahap kesempurnaan, sehingga mampu mukallaf, melalui ikrar “dua
kalimat syahadat” ketika memilih Islam sebagai ad-din yang bersesuaian dengan
fitrah tersebut.
Perjanjian
ketiga termeterai ketika bersolati dengan 17 kali penyataan ketika membaca surah
al-fatihah, ditambah 9 kali ikrar syahadah saat bertahiyat, dan 5 kali lagi saat
membaca doa iftitah.
Alangkah
banyak janji kita kepada Allah, namun masih sedikit yang telah kita laksanakan.
Marilah kita tunaikan janji kita kepada Rabb seluruh makhluk, dengan selalu
berusaha agar tetap berada di dalam ketaatan sebagai hamba-Nya. Sebagaiman
dalam firman-Nya :
ٱلَّذِينَ
يُوفُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَلَا يَنقُضُونَ ٱلۡمِيثَـٰقَ
Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah
dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu. (QS.
Ar-Ra’du, 20)
Dan,
وَمَن يُطِعِ
ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا
ٱلۡأَنۡہَـٰرُ
Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan
dimasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai (QS AL-Fath:17)
No comments:
Post a Comment