Pemadam : Apa khabar kawan?
Pensel : Aku bukan kawanmu.
Pemadam : Kenapa?
Pensel : Kerana aku
benci kamu.
Pemadam : Kenapa engkau
membenci aku?
Pensel : Kerana engkau
suka padam apa yang aku tulis
Pensel : Kenapa engkau
sibuk?
Pemadam : Aku pemadam,
ini kerjaku.
Pensel : Ini bukannya
kerja!
Pemadam : Kerja aku
bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
Pensel : Engkau salah
dan sombong!
Pemadam : Kenapa?
Pensel : Kerana yang menulis
lebih baik dari yang memadam.
Pemadam : Memadamkan
kesalahan sama seperti menulis yang benar.
(Pensel terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya)
Pensel : Engkau benar
sahabatku!
Pemadam : Engkau masih
bencikan aku?
Pensel : Aku tak akan
benci orang yang memadamkan kesalahanku.
Pemadam : Dan aku juga
tak akan memadamkan sesuatu yang betul
Pensel : Tapi aku lihat
engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
Pemadam : Kerana aku
mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
Pensel : Aku juga
merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.
Pemadam : (Nada
memujuk) Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan
kita sanggup berkorban untuk mereka.
Pensel : (Nada
gembira) Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu...
Pemadam
dan pensel berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak
berpisah dan tidak berselisih faham.
Sahabat-sahabatku sayang...
Mengapakah
kita tidak berterima kasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan
menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak untuk mendapat ucapan
terima kasih?
Renung-renungkan...!
No comments:
Post a Comment